Thursday, June 15, 2023

Kereta Pertama Aku



#keretapertamasaya ialah sebuah Perodua Myvi dan kereta inilah yang masih aku gunakan. keluar pada awal tahun 2013. tujuan asal aku beli kereta ni bukan la kerana nak menunjuk kat awek lama, yang aku dah pakai kereta. tak.. aku beli ni kerana ketika waktu itu, aku buat part-time job sebagai fotografer. ya!! fotografer. 

.
Aku dah lalui bagaimana aku pergi ke rumah pengantin menaiki motor dengan hujan lebat, Tuhan je tahu betapa risaunya aku waktu itu, aku rela buka jaket hujan aku, aku tutupi kamera tersebut dan aku bermandikan hujan. kau ada nampak fotografer naik motor waktu itu?? tak ada kan? kau tengok betapa relanya aku pergi naik motor ketika itu. buat apa nak malu woi! kau cari rezeki halal kot.

.
Apabila karier makin berkembang, dan ada permintaan dari luar Selangor. aku mula terfikir nak ambik kereta 2nd. bila berbincang dengan mak ayah aku, mereka kata baik beli kereta baru. kereta 2nd ni kau tak tahu apa sakit dia. lagipun sepanjang aku hidup.. aku tak pernah nampak bapak aku beli kereta baru. kereta 2nd juga yang dibeli. mungkin dengan hasrat aku tadi. mereka ingin juga merasa menaiki kereta baharu. jadi aku pun mengambil keputusan membeli kereta baru. baru 2 bulan kereta tu keluar, kalau tak silap aku.. aku dah ada job dekat Kelantan. merantau la ke negeri orang.

.
di pendekkan cerita, sekarang ni aku dah kurang ambil job sebagai fotografer. fokus kepada bisnes ICT aku sekarang. kereta ni dah jadi macam Van, Hilux, Lori bagi aku sebab apa? segala barang-barang aku, aku sumbat dalam kereta ni. dan kereta ni la dah macam rumah kedua aku. pada permulaan bisnes tahun lepas, kau ingat aku makan dekat rumah/kedai? tak.. makan dalam kereta woi. travel sana sini untuk mencari sesuap nasi. ada la sehelai dua baju aku bawak untuk standby kot-kot bau busuk ke sebab berpeluh kan. nasib aku tak bawa tuala je dalam kereta ni mandi kat mesjid atau surau.

.
Tahun ni Alhamdulillah, bisnes aku ada nampak perkembangan yang memberangsangkan. walaupun sebenarnya aku masih lagi struggle mencari sustainability dari segi pengaliran wang setiap bulan.. malah setiap hari. 

.
Itulah kisah kereta pertama saya. Terima kasih kat kereta myvi aku tu, banyak jasa dia sampai sekarang. tak ada dia, susah juga aku dibuatnya. selagi aku mampu untuk menampung kos dia. aku akan tanggung. kalau teruk sangat dah ekonomi. aku kena downgrade cari kereta cash supaya liabiliti kurang.
Share:

4 comments:

  1. Insyaallah.. selagi kita berusaha rezeki tu mesti ada.. semuga lancar bisnesnya...

    ReplyDelete
  2. Walaupun kereta pertama kiteorg dah jual bila pregnant anak kedua, tapi masih igt lagi jasa Kancil tu. Dari utara sampai selatan dah Kancil bawak kiteorg berjalan, angkut meja Ikea dalam Kancil tu pengalaman tak boleh dilupakan! Skrg kereta Exora ni dah abis bayar tapi tak plan nak tukar kereta baru sbb masih elok. Lagipun seronok dah takde hutang dgn bank bulan2 hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis, bila kereta dah habis hutang ni rasa macam dah tak ada beban. hehe..

      Delete

About

Followers

Categories